Permohonan MybrainSc 2017 dibuka

Bermula pada 1 mac 2017, permohonan biasiswa mybrainsc 2017 telah dibuka kepada sesiapa yang layak. Pengumuman ini telah dibuat oleh pihak kementerian pendidikan tinggi sendiri melalui laman facebook. Biasiswa ini merupakan biasiswa yang ditawarkan khas kepada sesiapa yang ingin menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana atau master dan juga PhD. Setakat ini, biasiswa ini telah ditawarkan setiap tahun dan pada tahun ini sekali lagi biasiswa ini ditawarkan. Bagi sesiapa yang layak amatlah digalakkan untuk anda memohon biasiswa ini.

Serba sedikit berkenaan dengan biasiswa ini bagi sesiapa yang belum mengetahuinya.Biasiswa MyBrainSc ini semestinya terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA).

Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

untuk permohonan,calon hanya boleh memohon melalui sistem online sahaja melaui portal KPT. Selepas memohon calon akan melalui peringkat saringan dan temuduga bagi mendapatkan calon yang betul-betul layak dengan biasiswa ini. Rasanya setakat ini sahaja info berkenaan dengan biasiswa ini. Untuk selebihnya elooklah kalau anda layari terus laman web KPT yang berkait dengan MybrainSc ini. Sila ke link ini

LAMAN WEB KPT MYBRAINSC

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s